Jualan Runcit UK Catat Pertumbuhan Pertama Dalam Tempoh 5 Bulan!

248

Pasaran sesi Eropah dihiasi dengan pengeluaran data jualan runcit UK menunjukkan peningkatan dengan mencatatkan peningkatan terbesar sejak Mac 2019. Ini merupakan kenaikan pertama yang dicatatkan dalam jualan runcit UK, yang sebelum ini gagal mempamerkan pertumbuhan selama lima bulan berturut-turut.

Jualan runcit UK bagi bulan Januari telah mencatat pertumbuhan 0.9% daripada penguncupan 0.5% pada bulan sebelumnya dan lebih baik daripada jangkaan pasaran untuk meningkat sebanyak 0.7%.

Menurut Jabatan Statistik Negara UK (ONS), peningkatan ini didorong oleh pertumbuhan sederhana dalam jualan makanan yang meningkat 1.7% dan bukan makanan dengan kenaikan 1.3%.

Susulan itu, matawang pound kembali mempamerkan peningkatan berbanding US dolar selepas diniagakan lemah ekoran ditekan oleh kebimbangan terhadap hubungan dagangan UK dan Kesatuan Eropah (EU).

Dagangan matawang Asia, dolar Aussie dan kiwi terus diniagakan lemah berbanding US dolar selepas The People’s Bank of China (PBOC) memotong kadar faedahnya dalam usaha untuk mengimbangi impak ekonomi akibat wabak coronavirus yang telah meragut lebih 2,000 nyawa di negara itu.

PBOC menurunkan kadar utama pinjaman negara (LPR) 1 tahun sebanyak 10 mata asas kepada 4.05% manakala LPR untuk 5 tahun pula dikurangkan sebanyak 5 mata asas kepada 4.75%.

Sementara itu, US dolar terus mencatat peningkatan berbanding safe-haven yen untuk diniagakan di paras ketinggian sejak April 2019.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat