Kadar Inflasi Australia Meleset Daripada Jangkaan

310

Harga pengguna Australia masih kekal rendah pada sukuan lepas berikutan teras inflasi berda di bawah parsan sasaran bank pusat. Dengan hal ini, pasaran menjangkakan peningkatan kadar faedah masih lagi jauh.

Indek harga pengguna (CPI) meningkat 0.4% pada sukuan bulan Mac, tersasar daripada sasaran yang menjangkakan peningkatan 0.5%.

Inflasi tahunan berada pada paras 1.9% dan bacaan ini juga dibawah jangkaan. Inflasi teras yang disasarkan oleh bank pusat Australia (RBA) pada jangka masa panjang ialah 2% hingga 3%.

Selain itu, pertumbuhan kadar upah juga masih lagi perlahan walaupun terdapat peningkatan dalam pekerjaan. Hal ini menyebabkan bank pusat terus mengekalkan kadar faedah pada 1.5% sejak pertengahan 2016 dan tidak kelihatan tanda-tanda bahawa kadar faedah akan ditingkatkan.

Menurut pembantu Gabenor,Christopher Kent, kami tidak tergesa-gesa untuk tingkat kadar faedah pada ketika ini.

Pada ketika ini, matawang AUD masih lagi mengukuh berbanding US dolar namun pengukuhan semakin berkurangan. AUD/USD berada pada paras 0.7610.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat