Kadar Pengangguran Australia Paling Rendah Sejak 1974

220

Ekonomi Australia menambah lebih banyak pekerjaan pada bulan Jun, menyebabkan kadar penganguran terus merosot ke paras terendah baharu hampir 50 tahun dan menguatkan alasan bank pusat untuk kenaikan kadar faedah selanjutnya.

Biro Perangkaan Australia (ABS) melaporkan pekerjaan meningkat 88,400 daripada 60,600 yang direkodkan bulan sebelumnya, di mana sebagaian besarnya didorong oleh peningkatan dalam pekerjaan sepenuh masa.

Kadar pengangguran pula dilaporkan jatuh kepada 3.5% pada bulan lalu, iaitu paras terendah sejak Ogos 1974. Angka yang dicatatkan ini lebih baik daripada jangkaan untuk menurun kepada 3.8% daripada 3.9% yang dicatatkan bulan sebelumnya.

Bacaan ini akan memperluaskan lagi ‘jalan’ buat Reserve Bank of Australia (RBA) untuk bertindak lebih agresif dalam menaikkan kadar faedahnya bagi mengekang inflasi.

Ekoran daripada tersebut, dolar Aussie melantun lebih tinggi daripada paras terendah dua tahun berbanding US dolar.

Pada minggu lepas, RBA telah meningkatkan kadar sebanyak 50 mata asas kepada 1.35%. Namun, ia dilihat masih memerlukan lebih banyak kenaikan untuk menampung tekanan harga yang melambung tinggi.

Inflasi pengguna Australia telah direkodkan pada 5.1% bagi suku pertama 2022  dengan kenaikan kadar tahunan terpantas sejak 2001 berikutan kos bahan api dan makanan yang lebih tinggi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat