Kalau GOLD Berjaya Naik Tinggi Lagi, Inilah Harga Tertinggi Sejak 2011!

1,323

Walaupun sentimen pasaran dilihat lebih cenderung ke arah positif, namun harga emas kekal menunjukkan kenaikan.

Pelabur akan melihatnya sebagai petunjuk terhadap sentimen pasaran yang berisiko disebabkan permintaan emas sebagai aset safe-haven yang meningkat.

Ini adalah didorong oleh kebimbangan yang masih berlegar dalam pasaran berikutan kes jangkitan yang masih belum reda sepenuhnya yang akan membantutkan fasa pemulihan ekonomi terbesar dunia itu.

Di samping itu, sentimen hubungan antara Amerika Syarikat (AS) dan China yang masih tegang dengan perkembangan terbaru berkenaan Presiden Donald Trump mengesahkan penarikan semula hak keistimewaan Hong Kong selain sekatan ke atas pegawai China.

Emas didagangkan meningkat selepas penurunan pada Selasa mencecah paras 1790.00 pada carta XAU/USD. Gagal melepasi zon RBS (resistance become support) tersebut harga membuat kenaikan semula sekitar 200 pips sehingga penghujung sesi New York.

Pada sesi Asia hari ini, harga bergerak mendatar sedikit menurun namun masih bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) untuk pergerakan 1 jam di carta XAU/USD.

Kenaikan dipamerkan pada awal sesi Eropah menguji zon resistance minggu lalu namun membuat penurunan semula selepas mencapai paras ketinggian 1814.00.

Kenaikan lebih tinggi melepasi zon resistance tersebut bakal mencatatkan paras ketinggian terbaru sejak September 2011 selepas kenaikan harga melepasi paras 1800.00 minggu lalu.

Penurunan semula harga dijangka akan menuju paras 1800.00 semula sebelum kembali menguji zon RBS 1787.00.

Penurunan lebih rendah dengan trend bearish harga bakal mendorong harga turun lebih rendah sehingga ke zon support sekitar 1760.00.

Lihat gambar carta pasangan matawang XAU/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat