Kalau Pound Makin Parah, GBP/USD Boleh Menjunam Lagi

569

Pound Sterling menyusut pada dagangan sesi Eropah semalam susulan keputusan mesyuarat polisi bank pusat England diumumkan.

Bank of England (BOE) mengekalkan kadar faedah di paras terendah pada 0.10% dan juga pelonggaran polisi (QE) tidak berubah pada £754 bilion.

Namun, perbincangan mengenai pertimbangan kadar faedah negatif telah memberi tekanan terhadap Pound Sterling sehingga mengalami penurunan.

Pada carta harga bagi pasangan matawang GBP/USD semalam, harga telah menjunam sekitar 110 pips hampir mencecah paras 1.28600 di zon RBS (resistance become support).

Namun harga kembali melonjak semula lebih tinggi dari paras terjunan sehingga hampir mencapai paras 1.30000 pada awal sesi New York ekoran penyusutan US dolar dalam pasaran.

Harga yang kembali bergerak di atas paras sokongan Moving Average 50 (MA50) bakal memberi petunjuk harga berkemungkinan akan meneruskan kenaikan lebih tinggi.

Kenaikan harga yang melepasi paras 1.3000 yang juga merupakan zon SBR (support become resistance) akan mendorong harga menuju ke zon tumpuan seterusnya pada 1.31500.

Sebaliknya jika harga kembali menjunam semula, paras terendah harian semalam pada zon RBS akan kembali diuji.

Penurunan lebih rendah harga yang melepasi zon tersebut dilihat akan menuju pula ke zon support pada 1.27600.

Lihat gambar carta pasangan matawang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform FBS, buka akaun trading anda di FBS hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat