Lepas Jatuh Menjunam, Kenapa Tiba-Tiba GBP ‘Spike’ Balik?

961

Matawang pound sterling jatuh ketara selepas Bank of England (BOE) mengatakan bahawa ia sedang membuat persediaan termasuk mempertimbangkan kadar faedah negatif disebabkan peningkatan risiko yang membimbangkan.

BOE juga dikatakan telah memberi penerangan kepada pembuat dasar monetari mengenai bagaimana kadar faedah negatif akan diimplementasikan dan turut membincangkan keberkesanannya.

Pound jatuh kira-kira 0.7% berbanding US dolar sebaik sahaja laporan mesyuarat itu diterbitkan, sebelum memanjangkan penurunan lebih rendah ke paras harga $1.2866.

Namun begitu, penurunan ini tidak kekal lama sebelum matawang pound kembali melonjak tinggi ke sekitar paras harga 1.2900, memadamkan semula kerugian yang dicatatkan selepas mesyuarat BOE.

Lonjakan ini telah didorong oleh kenyataan Presiden Suruhanjaya Eropah, Ursula von der Leyen yang menyatakan keyakinan beliau bahawa perjanjian perdagangan antara Kesatuan Eropah (EU) dan UK masih ada harapan untuk berlaku.

Von der Leyen mengatakan bahawa beliau yakin kesepakatan perdagangan dengan UK masih dapat dilaksanakan walaupun terdapat ‘gangguan’ daripada Perdana Menteri Boris Johnson yang telah mencetuskan peningkatan ketegangan antara kedua-dua pihak sejak akhir-akhir ini, sehingga mengakibatkan kebimbangan terhadap no-deal Brexit.

Selain itu, peningkatan dagangan pound sterling turut disokong oleh kemerosotan matawang US dolar ketika sesi New York dan pemulihan di pasaran ekuiti.

Data ekonomi yang diterbitkan pada sesi New York kebanyakan tersasar dari jangkaan pasaran, termasuk laporan tuntutan pengangguran AS yang menunjukkan penurunan sebanyak 860,000 tetapi masih tinggi daripada jangkaan pengurangan 825,000.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat