Kali Pertama Dalam 3 Bulan, Prospek Ekonomi Jepun Meningkat

160

Kerajaan Jepun menaikkan penilaian ekonomi bulanannya pada bulan Julai untuk pertama kali dalam tiga bulan berikutan penggunaan yang meningkat walaupun terdapat lonjakan dalam kes Covid-19.

Dalam penilaian terbarunya, Pejabat Kabinet berkata ekonomi berkembang secara sederhana, secara tidak langsung meningkatkan pandangannya terhadap perbelanjaan pengguna, import dan keadaan pasaran buruh.

Walaupun jumlah jangkitan Covid-19 kembali meningkat dengan ketara, tetapi kerajaan terus mengelak daripada mengenakan semula sekatan terhadap perniagaan, menunjukkan perubahan dalam strategi untuk memastikan aktiviti ekonomi sentiasa normal.

Negara itu juga telah membuka semula sempadannya kepada pelancong luar negara meskipun pada hakikatnya bilangan pelawat sebenar masih terhad.

Penganalisis meramalkan ekonomi akan pulih pada suku kedua susulan penguncupan suku sebelumnya.

Penggunaan merupakan faktor utama kepada kekuatan pemulihan apabila kebimbangan terhadap kemelesetan meningkat dalam rakan dagangan utama Jepun.

Kerajaan merancang untuk menambah lebih banyak langkah rangsangan untuk membantu isi rumah menghadapi kenaikan kos sara hidup, termasuk subsidi petrol.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat