Kami Senaraikan 10 Tabiat Orang Berjaya. Anda Ada Tambahan?

2,438

Untuk menjadi seorang yang berjaya, kekuatan mental mestilah pada tahap maksima. Perjalanan seorang trader sangat berliku.

Selain daripada belajar daripada buku, pengalaman juga menjadi guru yang sangat bagus untuk mengecap kejayaan sebagai seorang trader.

Selain daripada itu meneliti kejayaan orang yang sudah berjaya, tidak kira seorang trader, usahawan mahupun seorang yang bekerja juga boleh dijadikan sebagai rujukan dan kajian resepi kejayaan.

Dalam artikel ini akan disenaraikan 10 tabiat orang yang berjaya.

#1 Minat dan keinginan yang mendalam memainkan peranan penting untuk anda mencapai apa yang anda mahukan. Bukan sekadar angan kosong tapi angan yang ditemani dengan usaha.

#2 Melabur pada diri sendiri menjadi nadi utama dalam berusaha untuk berjaya. Belajar, sama ada belajar sendiri, berguru atau apa sahaja medium pembelajaran, ia sentiasa menjadi pelaburan paling mahal.

#3 Usaha tanpa henti bakal membantu anda mendapatkan apa yang anda mahukan. Buat yang terbaik walaupun sesuatu perkara itu sangatlah kecil.

#4 Pembelajaran tanpa henti adalah urutan kepada pelaburan terhadap diri sendiri. Ramai orang mampu untuk belajar, tapi tidak ramai yang boleh belajar secara konsisten. Sentiasa tambah ilmu dengan membaca buku atau cara lain.

#4 Analisa SWOT iaitu Strengths (kekuatan), Weakness (kelemahan), Opportunity (peluang) dan Threat (penghalang) adalah analisa yang wajib bagi tiap proses.

#5 Tolong orang lain akan menolong diri anda sendiri.

#6 Networking menjadi salah satu kunci atau jalan pintas untuk belajar dan juga untuk mengembangkan apa saja yang diinginkan.

#7 Baca, baca dan baca menjadi rutin mereka yang berjaya. Lihat Billionaire #1 dunia, Bill Gates, setiap minggu ada saja bahan bacaan terbarunya.

#8 Gaya hidup sihat akan membawa kepada badan yang sihat, otak yang cerdas dan akan menjadikan diri sendiri sangat aktif dan tidak mudah penat dan mengalah untuk berjaya.

#9 Sentiasa mengikut resmi padi makin berisi makin tunduk. Jadilah seorang yang rendah diri dan sentiasa hormati orang lain.

#10 Buang perkataan ‘mengalah’ bakal merubah hidup anda secara total dan anda akan mampu mencapai kejayaan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat