Kanada akan memberi respon balas terhadap kenyataan US berkenaan cukai import, kata menteri luar negara, Chrystia Freeland.
Setiausaha perdagangan Amerika Syarikat, Wilbur Ross dalam sidang media menyampaikan keputusan terkini kerajaan tentang tariff.
Ross menyatakan bahawa Kesatuan Eropah (EU), Kanada dan Mexico akan berhadapan dengan tariff aluminium dan keluli bermula pada tengah malam waktu New York. Kadar cukai yang ditetapkan adalah 25% untuk import keluli dan 10% untuk import aluminium.
Freeland mengatakan Kanada merancang untuk membalas tindakan tarif itu. Cukai import yang dicadangkan oleh pasangan Nafta itu juga akan meliputi wiski, jus oren dan produk makanan lain di samping tarif keluli dan aluminium.
Langkah-langkah tindak balas akan meliputi CA$ 16.6 bilion dalam import, kata Freeland. Produk yang disasarkan akan dikenakan tarif antara 10 peratus dan 25 peratus.
Perdana Menteri Kanada, Justin Trudeau mengatakan tarif yang diumumkan oleh Setiausaha perdagangan Amerika Syarikat, Wilbur Ross adalah penghinaan terhadap perjanjian kerjasama antara US dan Kanada.
Ross berkata pengenaan tarif itu akan berkuatkuasa bermula tengah malam Khamis, dimana sebelum ini terdapat pengecualian untuk Kanada dan Mexico.
Kata Trudeau, pengenaan tarif itu tidak dapat diterima sama sekali, namun beliau akan terus merunding tentang hal ini dengan US.
Trudeau memberi amaran bahawa pengenaan tarif pentadbiran Trump sebanyak 25 peratus daripada import keluli dan 10 peratus daripada import aluminium akan memberi kesan buruk terhadap ekonomi kedua-dua negara.
Kesatuan Eropah (EU) turut mengkritik perdagangan yang diamalkan oleh US itu. Jean-Claude Juncker, presiden Suruhanjaya Eropah, berkata EU mungkin tidak mempunyai pilihan melainkan dengan memperkenalkan langkah-langkah pengukuran semula.
Mexico juga sependapat dengan berkata a akan mengenakan tarif sebagai tindak balas terhadap tindakan A.S..
Hal ini dapat mencetuskan semula kebimbangan kepada pasaran terhadap ‘perang perdagangan’ global.