3 Pengajaran Besar ‘Orang Bisnes’ Boleh Pelajari Daripada Kesilapan Walmart

986

Walmart merupakan sebuah syarikat gergasi Amerika Syarikat yang berorientasikan sektor runcit. Menurut Fortune Global 500, 2008, Walmart telah dinobatkan sebagai syarikat awam terbesar di dunia berdasarkan pendapatan.
Walmart ditubuhkan oleh Sam Walton pada tahun 1962 dan mula mencatat nama di Bursa Saham New York pada tahun 1972.

Walaubagaimanapun, setiap perjalanan bisnes mempunyai jangka hayat dan naik turun. Seperti sebuah roller coaster yang memiliki waktu untuk berada di puncak atau di bawah. Apabila operasi Walmart semakin mengembang dan meluas ke serata dunia, syarikat tersebut telah berhadapan dengan pelbagai kerugian dan kritikan.

Berikut Team Moshed kongsikan pengajaran yang boleh kita ambil sebagai orang bisnes. Kesilapan Walmart adalah

1. Pengawalan inventori dan salah pengurusan

Pada tahun 2013, Walmart telah kerugian banyak wang disebabkan isu yang sering dihadapi peruncit iaitu pengawalan inventori.

Ruangan stok barangan dibiarkan tidak teratur dengan betul, terdapat rak-rak yang kosong terutama pada barangan laku dan terkadang stok yang ada lebih daripada sepatutnya. Disebabkan hal ini sahaja Walmart telah kerugian $3 billion dalam jualan.

Sebagai seorang peruncit apa yang kita perlukan ialah sebuah aturcara/program untuk mengawal inventori. Berdasarkan kajian archonsystem, 41% menggunakan Excel atau Access atau alatan lain untuk kawal inventori. 32% gunakan pen dan kertas. Selebihnya tidak memiliki sistem. Soal alat, ia terletak pada kita, alat apakah yang sesuai dan dapat membantu kita dengan baik.

2. Bayaran Gaji Kurang Daripada Sepatutnya + Pekerja Kurang Latihan

Dua perkara ini akan membawa kepada perkhidmatan pelanggan yang buruk. Pada tahun 2015, Walmart telah berada dalam fasa kejatuhan. Kesilapan yang mereka buat ialah kesilapan biasa iaitu mengambil keuntungan yang berlebihan untuk para pelabur.

Hal ini menyebabkan mereka telah mengabaikan hal yang penting seperti meningkatkan gaji dan membiayai pelatihan pekerja. Ditambah dengan kuasa media sosial, menyebabkan kritikan itu datang bertalu-talu.

Bagi mengatasi hal ini, Walmart telah meningkatkan semua gaji minimum pekerja daripada $9/jam kepada $13/jam. Selain itu ,Walmart juga memberi latihan dan pekerjaan yang lebih stabil kepada pekerja.

Pengajarannya jelas. Pekerja anda adalah keuntungan anda. Melabur untuk mereka terlebih dahulu sebelum ambil keuntungan untuk anda.

Pada tahun 2016, keuntungan Walmart telah mencatat peningkatan.

3. Pemilihan Tempat dan Kekurangan Pekerja

Walmart sering beri diskaun yang besar dan banyak cawangan walmart dibuka dikawasan berpendapatan rendah. Pekerja yang dilamar juga adalah sedikit dan Walmart lebih memperbanyakkan kamera litar tertutup. Hal ini menyebabkan pekerja tidak dapat memantau dengan baik dan membolehkan orang untuk mencuri. Pemilihan kawasan dan kegawatan ekonomi sangat memberi kesan kepada kawasan berpendaptan rendah.

Bagi mengatasi hal ini, Walmart telah melamar lebih banyak pekerja, dan melancarkan program pemulihan kepada pencuri atau denda. Berbanding tindakan yang selalu dilakukan ialah dihumbankan pencuri kedalam penjara.

Jika perniagaan besar seperti Walmart boleh terkesan dengan krisis kewangan apatah lagi syarikat kecil. Maka perlunya mengatur strategi yang tepat dengan mengambil kira faktor lingkungan dan keadaan ekonomi.

Tugas kita adalah mengelak kesilapan yang dilakukan Walmart dan jika berlaku masalah terus menawarkan jalan penyelesaian sebelum ia menjadi isu besar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat