Sentimen Terkini Pasaran Forex Pada Sesi Dagangan Asia

547

Matawang euro meneruskan pengukuhan pada hari Jumaat dalam sesi Asia berikutan kebimbangan krisis politik Itali yang sudah sedikt reda. Namun dolar kanada dan peso Mexico menyusut apabila Washington menarik pengecualian pengenaan tarif ke atas barangan import besi.

Matawang Euro didagangkan kukuh sebanyak 0.02% kepada 1.1694, sedikit berubah namun masih dalam paras pemulihan daripada kejatuha paras terendah 10 bulan lalu iaitu pada hari Selasa pada paras $1.1510.

Setakat ini matawang euro telah naik 0.4% selepas 6 minggu berturut-turut mengalami penyusutan yang disebabkan ekonomi zon eropah yang perlahan dan ketidakstabilan politik di Itali dan Sepanyol.

Kos pinjaman Itali jatuh menjunam selepas 2 hari negara tersebut berusaha untuk membentuk kerajaan.

2 parti anti-etablisment tersebut bersetuju dengan pilihan menteri ekonomi yang dicadangkan.

Di Sepanyol juga, keadaan politik semakin membaik apabila Pedro Sanchez hampir-hampir pasti akan memegang jawatan perdana menteri Sepanyol yang baru.

Pertumbuhan ekonomi Eropah telah mencatat pertumbuhan yang perlahan berbanding pertumbuhan tahun lepas. Data harga pengguna yang dikeluarkan pada hari Khamis mencatat peningkatan kepada 1.9 peratus, tinggi berbanding sasaran.

Hal ini mungkin mengembalikan jangkaan pasaran bahawa ECB akan meningkatkan kadar faedah.

Isu terikini ialah, ketakutan pasaran terhadap perang perdagangan antara negara-negara ekonomi besar selepas US meneruskan pengenaan cuka aluminium dan besi import daripada Kanada, Mexico dan EU.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan matawang greenback berbanding matawang utama didagangkan kukuh sehingga 94.00 setakat jam 9.25 pagi.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat