Menteri luar negeri Kanada, Chrystia Freeland mengatakan pada hari Rabu bahawa rundingan perdagangan menunjukkan kemajuan tentang isu undang-undang automotif walaupun terdapat ancaman oleh US, pengenaan tarif keatas keluli dan aluminum.
Menteri luar negeri Kanada Chrystia Freeland, wakil perdagangan Robert Lighthizer dan wakil Meksiko Ildefonso Guajardo telah melakukan perujumpaan dua hari berturut-turut bagi menggesa agar perjanjian dilakukan lebih cepat bagi mengelakkan pilihan raya Meksiko pada Julai 1.
Menurut Freeland, ketiga-ketiga parti memiliki hubungan yang kukuh dan komited bagi menjayakan perjanjian ini.
Ucapan tersebut banyak menumpukan undang-undang dan berapa kadar peratusan kereta harus dihasilkan dalam daerah NAFTA bagi membolehkan ia di jual dalam kawasan Amerika Utara.
Menurut saya, kita sedang menunjukkan kemajuan. Pada ketika ini kami sedang mengusahakan sebuah proposal yang diketengahkan oleh US pada bulan Mac.
Menteri-menteri tersebut dijangka akan berjumpa kembali pada hari Khamis.
Perunding Trump membuat permintaan awal bahawa 85% komponen kenderaan Amerika Utara adalah dibuat oleh negara-negara NAFTA, naik daripada 62.5% pada ketika ini. Namun pegawai industri mengatakan bacaan itu haru dikurangkan kepada 75%.
Wakil perdagangan US sedang mengusahakan dasar gaji bagi sesetengah kompenen barangan. Pelan ini mencadangkan pengeluaran barangan bernilai tinggi adalah dari US dan Kanada dan cuba untuk menaikkan kadar upah industri auto Meksiko.