Kawalan Berpusat VS Terlepas Kawalan – Adakah Mark Zuckerberg Akan Lancarkan Matawang Kripto Facebook?

606

Facebook merupakan sebuah syarikat gergasi dalam bidang teknologi bahkan Facebook juga telah melebarkan sayapnya dalam bidang kecerdasan buatan, simulasi dan komputer.

Namun sejak beberapa tahun kebelakangan ini, syarikat itu telah kehilangan arah tujuan apabila ia telah sedikit lari daripada landasan dan visi yang dibayangkan oleh pengasas Facebook, Mark Zuckerberg.  Ia bermula sebagai alat untuk menghubungkan seseorang dengan orang lain, namun kini facebook bahkan telah jadi sebuah pengantara yang memainkan peranan penting dalam pilihan raya.

Pengkaji sosial berpendapat, Facebook dapat menjadi alat yang mengubah struktur sosial tentang bagaimana masyarakat berfungsi.

Pada hari Khamis 5 Januari 2018, Mark Zuckerberg merangka kembali misi-misi yang ingin dicapai pada tahun 2018 setalah merenungkan kembali perjalanan syarikat yang dikendalikan beliau.

Mark Zuckerberg dalam salah satu kenyataan, telah membuat pengakuan bahawa beliau bersama rakan-rakan sekerja telah melakukan beberapa kesilapan, namun beliau berazam pada tahun 2018 adalah tahun untuk memperbaiki kesilapan- kesilapan yang dilakukan.

Menurut Zuckerberg, “tahun 2018 akan tertumpu pada isu kawal selia iaitu sama ada dikawal atau terlepas kawalan (centralize vs decentralize) . ”

Maka kita dapat saksikan pada suku keempat tahun 2017, banyak matawang-matawang kripto baru mula diperkenalkan. Setiap matawang kripto cuba menyelesaikan masalah-masalah tertentu, tetapi kebanyakkannya tertumpu pada isu kerahsiaan dan tidak dikawal oleh autoriti.

Hal ini juga diakui oleh Zuckerberg bahawa “fenomena kini tertumpu pada kerahsiaan/sulit (encrypt)  dan matawang kripto,  kerana kedua-dua faktor tersebut membolehkan ia mengambil kuasa dari sistem berpusat dan meletakkannya kembali ke tangan orang. ” Justeru, sejak kebelakangan ini, kebanyakan masyarakat bermula daripada individu kepada institusi telah mula terlibat dan memberi perhatian pada bidang teknologi.

Namun menurut beliau, “ia mempunyai risiko, iaitu sukar untuk dikawal. Tahun ini beliau akan melakukan kajian mendalam dalam teknologi blockchain dan cara terbaik untuk menggunakannya dalam perkhidmatan beliau.”

Persoalan-persoalan seperti apakah ia akan terjadi? Bilakah ia akan terjadi? Bagaimana akan akan terjadi? masih belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat