Ke Mana Arah Tuju Pergerakan USD/CAD? Lihat Analisis Ini

432

Selain tumpuan terhadap pakej rangsangan ekonomi Amerika Syarikat (AS) serta isu Brexit, pasaran minyak mentah global tidak terkecuali menerima tempias dalam ketidaktentuan pasaran yang melanda dan mempengaruhi pergerakan dolar Kanada.

Harga minyak mentah bergerak menurun berikutan jangkaan terhadap OPEC dan sekutu tidak akan melanjutkan pengurangan pengeluaran bekalan pada Januari nanti.

Hal tersebut telah memberi tekanan terhadap pasaran minyak mentah di samping penularan semula pandemik Covid-19 akan menjejaskan permintaan minyak mentah selepas sekatan pergerakan semakin ditingkatkan di negara ekonomi-ekonomi utama.

Lebih-lebih lagi Amerika Syarikat sebagai antara negara pengguna terbesar minyak mentah, pemulihan perlahan ekonomi dengan pakej rangsangan juga masih belum mendapat kepastian, akan mempengaruhi pergerakan pasaran minyak.

Pergerakan matawang dolar Kanada yang sensitif terhadap pergerakan harga minyak walau bagaimanapun dilihat lebih baik berbanding US dolar berikutan sentimen pasaran semasa yang melemahkan dagangan US dolar.

Pada carta pasangan matawang USD/CAD, harga telah membuat penurunan di penghujung minggu lalu selepas kenaikan terbesar minggu lalu mencecah paras ketinggian 1.32600.

Penurunan semula harga di bawah paras halangan Moving Average 50 (MA50) pada rangka masa 1 jam pergerakan harga telah bersambung pada awal dagangan minggu ini sehingga ke sesi Eropah semalam.

Namun, di sesi New York terdapat peningkatan semula harga sekitar 40 pips berikutan pengukuhan semula US dolar di penghujung sesi.

Dagangan yang bersambung pada hari ini melihatkan harga cuba melepasi paras halangan MA50 dan menguji paras penting 1.32000.

Kenaikan lebih tinggi dilihat akan kembali semula ke paras ketinggian minggu lalu untuk menguji zon SBR (support become resistance) tersebut.

Seterusnya, destinasi kenaikan lebih tinggi dilihat pada zon 1.33000-1.333000 yang diuji pada awal dagangan Oktober.

Sementara, jika harga menyambung semula penurunan lebih rendah, zon support pada 1.31000 bakal diuji semula.

Lihat gambar carta pasangan matawang USD/CAD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

Carta yang dipaparkan di atas menggunakan platform SaracenMarkets, buka akaun trading anda di SaracenMarkets hari ini. – KLIK SINI

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat