Walaupun Ini Pendirian OPEC, Jangan Ingat Ia Tak Akan Berubah

250

Harga minyak jatuh untuk hari keempat berturut-turut ditengah-tengah ketidakpastian mengenai rangsangan fiskal AS, serta OPEC dan sekutunya, OPEC+ pula tidak menunjukkan isyarat akan mengubah rancangannya untuk melanjutkan pemotongan pengeluaran pada Januari.

OPEC+ sebelum ini merancang untuk melonggarkan komitmen pemotongan pengeluaran pada bulan Januari, daripada 7.7 juta tong sehari menjadi 5.8 juta tong sehari.

Hal ini telah menambahkan lagi tekanan kepada pasaran minyak mentah yang kini dihimpit oleh kebimbangan terhadap lonjakan tinggi kes Covid-19 di Eropah sehingga membawa kepada perlaksanaan sekatan baru.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent susut 31 sen kepada $42.31 setong, manakala WTI Amerika Syarikat pula turun sebenyak 22 sen kepada $40.84 setong.

Bagaimanapun, bagi meredakan kekhuatiran pasaran, Menteri Tenaga Arab Saudi Putera Abdulaziz bin Salman mengatakan bahawa OPEC sangat fleksibel dan ia akan menyesuaikan dengan perubahan situasi ketika diperlukan.

Walaupun OPEC mungkin akan meneruskan rancangannya untuk melonggarkan pemotongan pengeluaran pada Januari, namun keputusan ini belum ditetapkan secara rasmi sehingga mesyuarat yang melibatkan keseluruhan anggota pada 30 November dan 1 Disember ini.

Sementara itu, ketidakpastian mengenai rangsangan fiskal AS terus membelenggu pasaran walaupun terdapat harapan baru bahawa kesepakatan dapat dicapai sebelum pilihan raya presiden.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat