Kebimbangan Pada Ekonomi Zon Eropah Bakal Tekan Harga Pada EUR/USD

521

Permulaan dagangan minggu ini agak perlahan dengan kekurangan data ekonomi utama yang menghiasi pasaran. Namun data tinjauan keyakinan di zon Eropah turut menjadi perhatian walaupun bacaan data ini tidak terlalu memberi impak yang besar dalam pasaran.

Berdasarkan data yang diterbitkan oleh kumpulan pengkaji Sentix, kadar keyakinan pelabur di zon Eropah merosot pada Oktober berikutan kebimbangan terhadap pertumbuhan ekonomi global yang menekankan lagi kemerosotan sektor pembuatan di Jerman, ekonomi terbesar di zon Eropah.

Bacaan data tinjauan menunjukkan penurunan kepada -16.8 mata pada Oktober daripada -11.1 pada September meleset berbanding jangkaan -12.9 mata. Moral pelabur merudum ke paras terendah sejak enam tahun.

Dengan itu dapat dilihat pergerakan harga pada carta pasangan matawang EUR/USD pada zon Eropah mula menunjukkan penurunan menguji paras tumpuan harga sekitar 1.0965.

Jika diimbas pada dagangan minggu lalu, harga membuat kenaikan sehingga ke paras resistance hampir mencecah 1.1000, namun harga gagal menembusi paras tersebut sebelum kembali turun ke paras rendah semula.

Jika harga terus mencatatkan penurunan ke paras lebih rendah, jangkaan destinasi yang menjadi tumpuan harga adalah pada zon RBS (resistance become support) 1.0940 atau lebih rendah lagi pada 1.0905.

Penurunan lebih rendah bakal menguji semula zon support utama pada 1.0880 yang dicecah pada minggu lalu, paras terendah dicapai sejak dagangan 2017.

Namun jika harga kembali melonjak semula, harga akan cuba melepasi kenaikan pada resistance 1.0995 sebelum meneruskan kenaikan ke paras 1.1020.

Lihat gambar carta pasangan matawang EUR/USD di bawah untuk rujukan teknikal analisis anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat