Kedudukan Terkini Matawang Dalam Sesi Dagangan New York, GBP Susut Ke Paras Terendah!

990

Matawang US dolar mencatat paras tertinggi dalam temph 2 bulan pada awal dagangan berbanding matawang pound berikutan kekhuatiran pasaran terhadap ‘hard’ Brexit.

Matawang pound jatuh kepada paras terendah 3 tahun lalun berbanding US dolar selepas salah seorang watak penting dalam pentadbiran baru UK, Michael Gove memuat kenyataan bertulis bahawa benar-benar terdapat kemungkinan bahawa UK akan berundur dariapda Kesatuan Eropah tanpa perjanjian pada Oktober 31.

Namun hal sebaliknya bagi Perdana Menteri Boris Johnson yang mengatakan sebelum ini berkali-berkali bahawa kemungkinan UK akan berundur daripada EU tanpa perjanjian adalah 1 dalam sejuta.

Setakat jam 10.10 p.m, matawang pound berada pada paras 1.2266 berbanding US dolar jatuh hampir 1%. Euro/GBP naik melebihi 1% dan kini pada paras 0.9074.

Indeks US dolar yang mengukur kekuatan greenback berbanding enam matawang utama didagangkan kukuh pada paras 97.812, walaupun jatuh dari paras tertinggi harian. Hal ini masih didorong oleh sentimen pasaran pada hari Jumaat lepas.

Pada minggu ini pasaran akan memberi tumpuan pada mesyuarat Federal Reserve dan BoJ pada 31 dan 30 Julai.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat