Kedudukan Terkini Matawang: Kejatuhan Harga Minyak Beri Kesan Terhadap Matawang CAD!

480

Matawang safe haven yen masih menjadi pilihan para pedagang/pelabur matawang pada hari ini walaupun dengan keputusan Trump untuk menangguhkan pengenaan tarif ke atas sebahagian barangan import China. Hai ini antaranya disebabkan para pelabur masih skeptikal dengan arah tuju rundingan perdagangan AS-China.

Menurut penganalisis, kebimbangan pasaran masih terarah terhadap isu Brexit, risiko geopolitik di Hong Kong dan ketegangan di Timur Tengah.

Indeks US dolar yang mengukur dolar greenback berbanding enam matawang utama didagangkan sedikit kukuh selepas mengalami kejatuhan pada petang tadi. Kini Indeks US dolar didagangkan pada paras 97.765, naik 0.14% setakat jam 10.15 p.m.

Matawang yen mengukuh berbanding US dolar apabila USD/JPY jatuh 0.74% kepada paras 105.94.

Matawang Euro menyusut berbanding US dolar sebanyak 0.18% dan kini didagangkan pada 1.1149. Hal ini disebabkan data GDP Jerman yang berkurangan sebanyak 0.1% bagi suku kedua dan pertumbuhan GDP yang perlahan untuk Zon Eropah bagi suku kedua.

Disisi lain, matawang CAD susut berbanding US dolar apabila USD/CAD mengukuh sebanyak 0.66% pada paras 1.3306 setakat jam 10.20 p.m. Kejatuhan harga minyak sebanyak 3.9% berikutan kehuatiran pertumbuhan global telah mempengaruhi pergerakan matawang CAD.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat