Kegilaan Elon Musk Punca Kematian Nyawa Subjek Uji Kaji

1,611

‘Mereka laporkan ada 8 kematian tapi khabar angin kuat mengatakan ada 15 nyawa yang melayang. Ada yang berani ke nak guna teknologi Neuralink ni?’

Syarikat neuroteknologi milik Elon Musk, Neuralink, dilaporkan telah menyebabkan kematian 8 ekor monyet Macaque yang digunakan sebagai subjek uji kaji projek yang melibatkan penanaman cip ke dalam otak.

Beberapa minggu yang lalu, Physicians Committee for Responsible Medicine (PCRM) telah mengkritik projek Neuralink dengan mengatakan ia dijalankan ‘tanpa penjagaan haiwan yang rapi’ sehingga menyebabkan beberapa ekor monyet, yang digunakan sebagai subjek uji kaji mati.

Kemudian pemfailan yang dilakukan oleh PCRM kepada United State Department of Agriculture (USDA) itu menambah, projek tersebut telah menyebabkan ‘penderitaan yang teramat’ kepada bahan uji kajinya sehingga menyebabkan ‘kecacatan pada otak kemudian menderita lalu dibiarkan mati.’

Walau bagaimanapun, projek yang dijalankan di University of California’s Davis Primate Centre telah membidas pertuduhan tersebut.

Menurut kenyataan dari pihak Neuralink, mereka telah menjalankan kajian dengan ‘penuh rasa hormat dan tidak menzalimi’ mana-mana haiwan sepanjang menjalankan projek, walaupun terdapat 8 kematian bahan uji kaji yang dilaporkan.

Dalam kenyataan itu lagi, ia turut memberitahu bahawa para pekerja yang menjalankan projek tersebut menjaga haiwan dengan cara ‘paling berperikemanusiaan dan beretika’, dimana mereka mengutamakan keperluan haiwan melalui kajian secara saintifik dan bukannya menggunakan strategi tipikal seperti membina peralatan untuk kemudahan manusia.

Selain itu, Neuralink turut mengatakan pertuduhan PCRM sebagai ‘mengelirukan’ kerana mereka telah mendapat ‘kelulusan dan memenuhi piawaian mandat persekutuan’.

Secara ringkasan bagi sesiapa yang tidak tahu mengenai Neuralink, ia merupakan syarikat milik Elon Musk yang berfokuskan untuk menanam cip ke dalam otak bagi membolehkan manusia mengawal peranti dengan menggunakan otak mereka.

Projek yang dimulakan pada 2016 ini telah berjaya membuktikan keberkesanannya pada 2021 dengan memaparkan video seekor monyet berjaya mengawal komputer dengan menggunakan otaknya.

Neuralink mengharapkan untuk memulakan ujian yang sama terhadap manusia pada tahun ini.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat