Kejatuhan Saham Teknologi Beri Kesan Di Nasdaq dan Saham Asia, Saham Malaysia Dibuka Rendah

145

Saham Global

Semalam, saham Nasdaq mencatat kejatuhan harian terbesar dalam lebih tiga bulan pada hari Rabu berikutan pelabur meninggalkan saham teknologi dan beralih kepada perbankan dan saham lain.

Saham teknologi seperti Facebook, Amazon, Apple,Alphabet menunjukkan kejatuhan.

Namun Dow Jones Industrial Average mencatat pertambahan 0.44% kepada 23,940.68.

Saham Asia dibuka rendah pada hari Khamis berikutan kejatuahn saham teknologi.

Berdasarkan laporan CNBC, Index Nikkei 225 Jepun turun 0.06% karena saham teknologi diperdagangkan lebih rendah. Sony turun 1.69% dan Nintendo 2.18% lebih rendah. Sektor kewangan, hartanah dan pengeluar kereta mencatat peningkatan.

Di Korea Selatan, indeks Kospi turun 0.84% berikutan penantian keputusan untuk menaikkan kadar faedah oleh Bank of Korea, yang dijadualkan pagi ini. Terkini BOK telah naikkan kadar faedah pertama kali dalam tempoh 6 tahun.

Indeks meluas saham MSCI Asia Pasifik di luar Jepun jatuh sebanyak 0.5% dalam pembukaan dagangan berikutan kejatuhan saham Samsung.

Saham Malaysia

Bursa Malaysia dibuka lebih rendah sedikit pada awal sesi dagangan hari ini, dengan indeks utama turun daripada kenaikan semalam.

FTSE Bursa Malaysia KLCI (FBM KLCI) turun 3.25 mata pada 1,717.13 daripada 1,719.62 penutupan Rabu.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat