Kejutan BOJ Cetus Lonjakan ‘Gila’ Yen!

739

Gabenor Bank of Japan (BOJ) Haruhiko Kuroda mengejutkan pasaran dengan melaraskan program kawalan keluk hasil (yield curve) bank pusat itu sehingga mencetus lonjakan drastik dalam mata wang yen.

BOJ kini akan membenarkan hasil bon 10 tahun Jepun meningkat kepada sekitar 0.5% daripada had sebelumnya 0.25% dalam julat pergerakannya.

Langkah itu dibuat di tengah-tengah laporan bahawa kerajaan sedang mempertimbangkan untuk mengkaji semula perjanjian dasarnya dengan bank pusat.

Walaupun begitu, bank pusat itu masih mengekalkan sasarannya untuk hasil tidak berubah pada sekitar 0% dan kadar faedah pula kekal pada -0.10%.

Keputusan mengejut itu berpotensi untuk menggemparkan pasaran kewangan global kerana komitmen teguh BOJ untuk mempertahankan had hasil 10 tahunnya scara tidak langsung mengekalkan kos pinjaman yang rendah di seluruh dunia.

Susulan keputusan mengejutkan ini, mata wang yen meroket ke paras tertinggi 4 bulan berbanding US dolar dan melonjak kukuh berbanding kebanyakan mata wang utama lain.

Gabenor Kuroda yang akan menamatkan penggalnya pada bulan April, telah mengekalkan dasar monetarinya yang sangat longgar tatkala bank-bank pusat utama dunia melaksanakan pengetatan.

Namun, terdapat spekulasi yang meluas mengenai kemungkinan perubahan arah dasar bank pusat selepas Kuroda berundur.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat