Sejak minggu lalu, harga yang dipaparkan pada carta pasangan mata wang GBP/USD telah melengkapkan lebih 300 pips kenaikan sehingga bersambung pada dagangan hari ini.
Keputusan mesyuarat FOMC pada awal pagi ini yang menyaksikan US dolar mengalami kejatuhan nilai dilihat akan menjadi faktor untuk terus menyokong corak kenaikan harga.
Federal Reserve (Fed) dilihat akan terus mengekalkan polisi yang longgar untuk tempoh yang lebih panjang dan tidak memberi petunjuk bahawa langkah pengurangan pembelian bon (tapering) akan dilaksanakan dalam masa terdekat.
Faktor penurunan kes jangkitan di UK serta pembukaan semula ekonomi memberi sokongan terhadap pergerakan Pound Sterling walaupun pelabur masih berhati-hati terhadap risiko yang membelenggu mata wang Britain itu.
https://soundcloud.com/intradaydotmy/din-dolar-kesan-fomc-terhadap
Situasi penyusutan US dolar selepas mesyuarat FOMC bakal membuka lebih besar ruang untuk harga bergerak dalam trend bullish selepas kenaikan telah mencapai zon rintangan pada 1.39000.
Sesi Asia pagi ini melihatkan pergerakan harga masih meneruskan kenaikan walaupun pada momentum yang lebih perlahan. Dijangka sesi berikutnya akan melihatkan pergerakan lebih agresif.
Kenaikan yang diteruskan bakal menuju ke paras tumpuan yang sebelum ini menjadi sasaran penganalisis iaitu pada zon 1.40000.
Mencapai ke paras tersebut akan mencatatkan paras tertinggi terbaru harga dalam tempoh 5 minggu selepas kali terakhir diuji pada penghujung Jun lalu.
Sekiranya harga membuat penurunan semula, beri tumpuan pada zon tumpuan seperti pada 1.38300-1.38000 dan reaksi harga pada zon tersebut.
Sekiranya trend bearish kembali bermula, paras sokongan pada 1.37000 dan 1.36000 yang menjadi paras penting pada minggu lalu bakal diberi perhatian oleh pelabur.
Lihat gambar carta pasangan mata wang GBP/USD di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.