Saksikan Lonjakan Harga Emas Pada Sesi Dagangan Asia!

595

Harga emas melonjak tinggi pada sesi Asia setelah kenyataan susulan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell menekan hasil perbendaharaan dan matawang US dolar jauh lebih rendah.

Spot emas diniagakan meningkat pada $1,816 per auns pada sesi Asia, kembali melonjak dari paras terendah $1,792 yang dicapai semasa pengumuman dasar dikeluarkan pada awal pagi tadi.

Emas pada mulanya jatuh disebabkan pernyataan bank pusat yang menyatakan bahawa ekonomi telah mencapai kemajuan ke arah sasaran pekerjaan dan inflasi Fed.

Bagaimanapun, ia kembali meningkat selepas Powell mengatakan bahawa pasaran tenaga kerja masih jauh dari mencapai kemajuan yang lebih besar.

Beliau juga mengulangi bahawa kenaikan inflasi baru-baru ini adalah sementara, dan ini menyebabkan hasil bon AS jatuh lebih rendah kerana ulasannya menunjukkan bahawa pengurangan tidak akan dilaksanakan lagi dalam tempoh terdekat.

Walaupun Powell mengakui bahawa pembuat dasar ada membincangkan mengenai bagaimana pengurangan dalam pembelian aset akan dilaksanakan, tetapi tiada keputusan dibuat susulan perbincangan itu.

Penerbitan data anggaran pertama Keluaran Dalam Negara Kasar (KDNK) AS pada malam ini akan menjadi tumpuan pasaran seterusnya yang dijangka akan menunjukkan peningkatan pada suku kedua tahun ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat