Kekal Rendah! Emas Masih Tidak Bermaya

2,846

Pengukuhan US dolar terus menolak harga emas lebih jauh ke paras terendah tiga minggu susulan perkembangan positif dalam isu siling hutang Amerika Syarikat.

Sesi dagangan Asia memperlihatkan logam kuning emas bergerak pada sekitar harga $1,984 per auns, manakala niaga hadapan emas pula didagangkan pada $1,987 per auns.

Sentimen pasaran bertambah baik selepas pentadbiran Presiden Joe Biden memberi isyarat positif mengenai rundingan untuk menaikkan siling hutang.

Terdapat kemungkinan bahawa perjanjian siling hutang dengan penggubal undang-undang Republikan boleh dicapai minggu ini.

Hal ini menyebabkan pegangan safe-haven terus dilepaskan, dan hasil bon AS 10 tahun meningkat tinggi sekali gus turut memberi sokongan buat US dolar untuk mengukuh dan menekan logam kuning emas ke bawah.

Selain itu, dagangan emas juga masih terkesan oleh isyarat hawkish penggubal dasar Federal Reserve (Fed), di mana Loretta Mester berkata beliau tidak fikir bahawa kenaikan kadar faedah perlu dihentikan lagi buat masa ini.

Pelabur kini menantikan petunjuk selanjutnya daripada Fed, terutamanya Pengerusi Jerome Powell yang akan berucap pada hari Jumaat.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat