Kekhuatiran Pasaran Semakin Pudar Selepas Dengar Ucapan Presiden ECB, Christine Lagarde!

320

Matawang Euro mengukuh pada hari Khamis selepas bank pusat Eropah (ECB) memilih untuk mengekalkan kadar faedah dan tidak menyemak semula ramalan jangka panjang pertumbuhan ekonomi dan inflasi. Dalam masa yang sama, Lagarde mengatakan bahawa ekonomi zon Eropah menunjukkan pemulihan yang kuat pada suku kedua.

Menurut Lagarde, pemulihan ekonomi itu berjalan sejajar dengan jangkaan bank yang sebelumnya. Bank pusat kini menjangkakan penurunan GDP sedikit lebih kecil pada tahun ini iaitu pada hanya 8%.Walaubagaimanapun tambah beliau, setakat ini belum ada kemungkinan untuk meningkatkan jumlah pembelian bon tetapi mengharapkan keseluruhan jumlah yang diperuntukan digunakan sepenuhnya.

Unjuran inflasi pada tahun 2022 ditetapkan pada tahap 1.3%, pilihan bahawa ECB tidak perlu segera melonggarkan dasar monetari. Kata Lagarde, data menunjukkan tidak ada risiko deflasi yang tersirat dalam ramalan 2022.

Disisi lain, sumber berasingan menyatakan bahawa Lagarde telah bersetuju bahawa ‘tidak perlu bereaksi berlebihan’ terhadap pengukuhan matawang euro, yang telah mencapai tahap tertinggi dalam lebih dari dua tahun berbanding US dolar.

Tumpuan penganalisis tertumpu pada apa yang menjadi gangguan dari ancaman inflasi yang terlalu rendah. Matawang Euro mengukuh sebanyak 0.85% berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat