Kelemahan Data Pekerjaan ADP Buatkan Pelabur Resah!

466

Pegangan terhadap matawang USD terus dilepaskan setelah laporan ADP AS menunjukkan kelemahan dalam pertumbuhan pekerjaan sektor swasta pada bulan Julai menyebabkan pasaran bimbang terhadap data NFP yang akan diterbitkan pada Jumaat.

Pada sesi Asia, dolar greenback diniagakan susut di sekitar harga 92.72 berbanding sekumpulan matawang utama lain.

Sementara itu, data PMI perkhidmatan AS tinjauan ISM yang memaparkan kenaikan jauh lebih baik daripada jangkaan dan bacaan direkodkan sebelum ini gagal merangsang pasaran berikutan data pekerjaan yang lemah.

Penurunan matawang USD bertambah parah sejak akhir Julai ekoran meningkatnya persepsi bahawa pemulihan ekonomi AS mungkin terjejas ekoran prestasi buruk negara itu dalam membendung krisis wabak Covid-19.

Matawang euro meraih keuntungan daripada kelemahan US dolar untuk kembali menghampiri paras ketinggian dua tahun, selain masih disokong oleh dana pemulihan yang telah dipersetujui sejak 21 Julai lalu.

Selain itu, dagangan pound juga menokok lebih tinggi menjelang keputusan mesyuarat polisi Bank of England (BOE) pada jam 2 petang ini (waktu Malaysia) yang dijangka kekal dengan kadar faedah tidak berubah.

Di samping itu, ketiga-tiga matawang komoditi juga didagangkan tinggi, di mana dolar Aussie meraih kenaikan ke paras tertinggi 18 bulan sementara dolar Kanada pula melonjak ke paras ketinggian 4 bulan.

Dolar kiwi terus disokong oleh data pekerjaan yang lebih kukuh daripada jangkaan dengan terus didagangkan menguat berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat