Keluarga Ini Gadai Semua Harta Beli Bitcoin Ketika Nilai Hanya $900

25,752

Didi Taihuttu, isteri dan tiga anaknya sanggup ‘melepaskan’ semua harta yang dimiliki oleh mereka demi bitcoin.

Pada 2017, keluarga yang berasal dari Belanda itu menjual perniagaan dan rumah seluas 2,500 kaki persegi malahan kasut mereka serta kemudian melaburkan segala wang tersebut ke dalam bitcoin.

Kini, setelah hampir empat tahun menjelajah di 40 negara, Taihuttu dan keluarganya masih tidak mempunyai akaun bank, rumah atau harta benda peribadi. Semua simpanan keluarga berkenaan kekal disimpan dalam wang kripto tersebut.

“Kami beralih ke dalam bitcoin kerana kami mahu mengubah kehidupan kami,” kata Taihuttu.

Bukan itu sahaja, ketika harga bitcoin menjunam pada 2018, Taihuttu menggandakan lagi portfolio pelaburan. Taihuttu berkata beliau percaya Bitcoin akan kembali melantun semula lebih tinggi.

“Saya berpendapat dalam kitaran kenaikan ini, kita akan menyaksikan Bitcoin mencapai paras puncak sehingga AS$100,000. Saya tidak terkejut sekiranya Bitcoin mencecah AS$200,00 menjelang 2022,” ujar Taihuttu.

Bunyi macam tak logik, tapi pada awal 2013 dahulu nilai Bitcoin hanya sekitar AS$13 sahaja. Siapa sangka Bitcoin boleh mencecah AS$20,000 dalam hanya beberapa tahun sahaja.

Memang sangat beruntung, Taihuttu membeli sejumlah aset Bitcoin ketika didagangkan pada harga sekitar AS$900 pada awal 2017, hanya beberapa bulan sebelum Bitcoin melonjak hampir AS$20,000.

Meskipun harga Bitcoin melonjak naik, keluarga itu kekal melabur dalam wang kripto terbabit. Sebaik ‘bubble’ pecah dan harganya turun kepada harga AS$3,000 pada awal 2018, Taihuttu dan keluarganya tidak panik.

“Apabila harga Bitcoin menjunam, kami membeli lebih banyak lagi,” ujarnya.

Sewaktu ditanya oleh CNBC sama ada beliau risau kita akan mengalami ‘bubble’ Bitcoin sekali lagi, Taihuttu berkata beliau akan menggandakan lagi pelaburannya.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat