Kemenangan Trump: Orang Terkaya Dunia Rugi $41 Bilion

74

Dalam Pilihanraya presiden Amerika Syarikat semalam Donald Trump dari Republikan menewaskan pencabarnya dari parti Demokrat Hillary Clinton sekaligus mengecewakan kebanyakan pasaran di seluruh dunia. Orang terkaya Mexico mengalami kerugian sebanyak $5.1 bilion. Carlos Slim yang juga ke-lima terkaya di dunia kehilangan 9.2% kekayaannya yang disebabkan kejatuhan nilai matawang Peso sebanyak 12%.

Slim mengetuai kejatuhan $41bilion dalam Indeks Bilionaire Bloomberg pada permulaan pembukaan sesi dagangan di US pada Rabu. The Standard & Poor’s 500 Index (Indeks saham S&P 500) juga jatuh sebanyak 1.1% pada 10 malam waktu Malaysia. Pasaran saham di seluruh dunia turut menerima tempias daripada pilihanraya ini.

Kejatuhan indeks ini hampir menghapuskan peningkatan $57 bilion yang pada awal minggu ini sebelum pilihanraya yang disebabkan peningkatan keyakinan kepada kemenangan Clinton.

Sumber: Bloomberg
Sumber: Bloomberg

10 orang billionaire Mexico yang berada dalam indeks ini mengalami kerugian sebanyak $6.5 bilion pada sesi dagangan awal. Mereka antaranya adalah, Eva Gonda (keempat terkaya Mexico), diikuti Slim dengan $487 juta kerugian, dan Lorenzo Servitje Sendra (kelima terkaya Mexico) dengan $397 juta.

Manakala Bilionaire US pula dengan jumlah kekayaan sebanyak 33% daripada Indeks Kedudukan Kekayaan Bloomberg menghadapi kerugian dollar terbesar yang jatuh sebanyak $9.3 bilion. Jika digabungkan kesemua niali kekayaan billionaire di dalm indeks, ia telah pun jatuh 0.9% kepada $4.4 trilion pada permulaan dagangan di New York.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat