Kenaikan Kadar Faedah Fed Sudah Berakhir? Ini Pandangan Penganalisis!

292

Pengerusi Federal Reserve (Fed) Jerome Powell yang berbaur hawkish tampaknya gagal mengubah pandangan penganalisis bahawa kitaran pengetatannya sudah berakhir.

Kebanyakan daripada mereka menjangkakan bahawa peningkatan kadar faedah Amerika Syarikat kepada julat 5.25%-5.50% akan menandakan pengakhiran kepada pengetatan oleh bank pusat itu.

Ketua ekonomi AS di Morgan Stanley dalam laporan Financial Times, berkata bahawa tiada apa-apa dalam kenyataan dasar atau sidang akhbar Powell yang menyebabkan beliau meragui pandangan bahawa kenaikan kadar telah tamat.

Tambahnya lagi, pengguna, pekerjaan dan inflasi semakin perlahan dan semua prestasi ekonomi adalah sejajar dengan jangkaannya.

Secara amnya, ahli ekonomi menjangkakan inflasi akan terus reda sepanjang beberapa bulan akan datang.

Ian Shepherdson, ketua ekonomi di Pantheon Macroeconomics, percaya bahawa inflasi teras (tak termasuk harga makanan dan tenaga) akan terus meningkat hanya 0.1%-0.2% pada Julai dan Ogos.

Ia menyamai kadar tahunan tiga bulan hanya 1.8% pada masa FOMC bertemu semula pada bulan September.

Berbeza pula dengan Jonathan Pingle, ketua ekonomi di UBS yang berpendapat bahawa akan ada peningkatan pada masa hadapan, sehingga Fed mendapat lebih banyak pengesahan mengenai inflasi.

Selain itu, ahli ekonomi di Oxford Economics menunjukkan kejutan tersembunyi lain yang boleh mendorong Fed untuk mengekalkan cengkaman agresifnya terhadap ekonomi, termasuk satu lagi lantunan harga makanan AS yang dicetuskan oleh El Niño.

Apa pandangan anda pula? Adakah kitaran pengetatan Fed sudah berakhir?

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat