Kenali 4 Token DeFi Yang Sering Menjadi Sebutan Media

1,778

Tempoh hari Team Intraday ada memuatnaik artikel berkaitan fakta tentang token DeFi.

Ayuh kenali pula empat token DeFi yang acap kali menjadi petikan media!

  1. CHAINLINK (LINK)
  • Merupakan rangkaian oracle tidak berpusat (decentralized oracle network)
  • Bertujuan untuk menghubungkan sumber data luar dengan blockchains awam
  • Menghubungkan platform kontrak pintar dengan data kritikal off-chain dari pasaran, acara dan pembayaran.
  • Nama/Jenis token: LINK/ERC-20
  • Had penghasilan: 1 bilion LINK
  • Permodalan pasaran semasa: $10.8 bilion
  1. AAVE (AAVE)
  • Merupakan protokol sumber-terbuka (open-source) dan non-custodial
  • Bertujuan untuk mengumpulkan faedah dari deposit
  • Membuat pinjaman aset dengan kadar faedah yang pelbagai atau stabil
  • Nama/Jenis token: AAVE/ERC-20
  • Had penghasilan: 16 juta AAVE
  • Permodalan pasaran semasa: $6.0 bilion
  1. UNISWAP (UNI)
  • Merupakan pertukaran tidak berpusat yang dibangunkan di Ethereum
  • Menggunakan sistem pembuatan pasaran automatik
  • Selain memadankan buy dan sell bagi individu, pengguna juga boleh mengumpul dua aset sebelum didagangkan dengan harga yang ditentukan berdasarkan nisbah kedua-duanya
  • Nama/Jenis token: UNI/ERC-20
  • Had penghasilan: 1 bilion UNI
  • Permodalan pasaran semasa: $5.9 bilion
  1. SUSHISWAP (SUSHI)
  • Merupakan fork kepada pertukaran tidak berpusat (DEX) Uniswap.
  • Memiliki ciri yang sama seperti Uniswap
  • Perbezaan utama dengan Uniswap ialah SushiSwap memiliki token SUSHI dan insentif untuk penyedia kecairan (liquidity providers, LP)
  • Nama/Jenis token: SUSHI/ERC-20
  • Had penghasilan: Tiada
  • Permodalan pasaran semasa: $2.0 bilion

Artikel ini digarapkan sebagai sumber tambahan kepada pelabur yang berminat dengan pelaburan DeFi dan bukan sebagai nasihat pelaburan. Ingat! Selalulah membuat kajian sendiri (DYOR) supaya anda lebih faham dan jelas sebelum bertindak melabur dalam DeFi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat