Kenali Kripto: Fantom (FTM)

989

Pernah dengar tentang token Fantom (FTM)?

Ini serba ringkas tentang token ini.

TRIVIA FANTOM (FTM)

  • Penubuhannya
    • Mula dilancarkan pada Disember 2019.
    • Merupakan sebuah platform kontrak pintar sumber terbuka tanpa izin (permissionless) untuk penubuhan aplikasi dan aset digital desentralisasi.
    • Reka bentuk rangkaian ini memfokuskan kepada penyelesaian untuk trilema kebanyakan blockchain dengan menyediakan skalabiliti, sekuriti, dan desentralisasi yang stabil.
  • Teknologinya
    • Direct Acyclic Graph (DAG)
      • Fantom menggunakan platform kontrak pintar DAG bagi memastikan skalabiliti rangkaian terjamin.
      • Ini juga membantu dalam memastikan kelajuan transaksi boleh meningkat sehingga lebih 300,000 per saat.
    • Lachesis
      • Rangkaian ini dikuasakan oleh mekanisme konsensus – Lachesis.
      • Lachesis terbentuk melalui gabungan Asynchronous Byzantine Fault Tolerant (aBFT) dengan Proof-of-Stake (PoS).
      • Memastikan kelajuan dan perlindungan rangkaian Fantom.
  • Ekosistemnya
    • Mainnet – Opera
      • Merupakan sebuah ruang yang boleh menempatkan aplikasi desentralisasi.
      • Bercirikan sumber terbuka (open-source) dan sepenuhnya tanpa izin (permissionless).
      • Dikuasakan oleh aBFT.
      • Sesuai dengan Ethereum Virtual Machine (EVM). Bermakna mana-mana aplikasi yang dibangunkan di Fantom boleh saling bertukar dengan platform yang dibina di Ethereum.
      • Menawarkan sokongan terhadap kontrak pintar melalui Solidity.
  • Koinnya – FTM
    • Menguasai keseluruhan ekosistem blockchain
    • Merupakan standard ERC-20 untuk ekosistem Ethereum dan BEP-2 untuk ekosistem Binance.
    • Digunakan untuk:
      • Staking
      • Urus tadbir (hala tuju ekosistem)
      • Pembayaran
      • Sebagai kos di rangkaian itu
    • Jumlah keseluruhan bagi aset ini terhad pada 3.175 bilion FTM dan yang berada di dalam kitaran semasa adalah sebanyak 2.55 bilion FTM.

Adakah anda merupakan salah satu pelabur Fantom (FTM)? Mereka yang berminat untuk dapatkan token ini boleh dapatkan di bursa kripto: Binance, KuCoin, Gate.io, dan FTX.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat