Kenapa Ethereum Jadi Pilihan Baru-Baru Ini? Pengurus Binance Kongsi Pandangan!

3,281

Pengurus Binance,Changpeng Zhao, baru-baru ini tampil berkongsikan padangan beliau mengenai dua matawang kripto terbesar iaitu Bitcoin (BTC) dan Ethereum (ETH).

Dalam temubual tersebut beliau berpendapat bahawa orang ramai memerlukan alternatif pembayaran yang menggunakan selain wang tunai dan tunai digital. Hal ini telah mendorong kenaikkan harga Ether. CZ juga menjangkakan bahawa aset kripto bank pusat akan berbeza dengan kripto lain.

Bloomberg menemubual Ketua Eksekutif Binance Changpeng Zhao, beliau berpendapat orang ramai kini sedang berminat dengan NFT dan ramai yang lebih memilih ether untuk membeli NFT.

Changpeng Zhao, yang dikenali sebagai CZ, menggariskan beberapa rincian dalam wawancara bahawa dua matawang kripto teratas – bitcoin dan ether akan wujud bersama “untuk sementara waktu.” Dalam masa yang sama beliau mengulas bahawa ikatan antara BTC dan ETH dalam jangka panjang mungkin tidak berlaku kerana keduanya beroperasi dengan cara yang berbeza.

Harga untuk ETH terus melonjak dan sudah melebihi paras tertinggi sepanjang masa yang dicatatkan sebelumnya.

China adalah salah satu negara terkemuka dalam pembangunan CBDC. Terkini negara China sedang merancang untuk memperluas percubaan e-yuannya. Bahkan mempertimbangkan untuk menggunakan mata wang digital bank pusat pada Sukan Olimpik Musim Sejuk 2022 yang akan datang di Beijing.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat