Kenapa ‘Government Shutdown’ Bahaya Untuk Kripto? Baca Sini!

1,258

“Alamak, takkan la pasaran kripto akan musnah macam tu je disebabkan government shutdown?”

‘Government shutdown’ atau penutupan kerajaan Amerika Syarikat (AS) yang dibimbangi berlaku bukanlah berita baik untuk pasaran mata wang kripto susulan sebelum ini, kelulusan termasuk penerimaan kawal selia lebih besar telah ditangguhkan apabila keadaan itu berlaku.

Bagaimanapun, government shutdown kali ini lebih pelik daripada sebelum ini kerana terdapat kemungkinan besar untuk kerajaan persekutuan ditutup.

Menerusi pemerhatian, Dewan Perwakilan didapati tidak berminat mengekalkan kerajaan persekutuan berjalan dalam jangka pendek, di mana Speaker Dewan Rakyat Kevin McCarthy yang berasa tidak puas hati dapat kurangkan peluang dalam memastikan pekerja persekutuan dibayar.

Semasa shutdown terakhir pada 2018 dan 2019, permohonan Bitcoin (BTC) ETF oleh Bakkt serta ErisX yang kini sebahagian daripada Cboe telah ditangguhkan sehingga akibatkan salah seorang eksekutifnya menyalahkan shutdown tersebut sebagai punca produk itu tidak diluluskan.

Pada masa ini, Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa (SEC) juga didapati melambatkan permohonan BTC ETF dan bursa kripto Coinbase sedang melihat tarikh akhir 11 Oktober 2023 untuk maklum balas daripada SEC kepada petisyen Mandamus.

Ditambah pula SEC mungkin mempunyai pasukan litigasi terhad dalam tempoh tertentu diikuti dengan satu kebimbangan besar mengenai kes mahkamah sivil dan muflis sekiranya government shutdown tercetus.

Meskipun begitu, penulis Coindesk Jesse Hamilton berpandangan shutdown tersebut sama sekali tidak akan memusnahkan sepenuhnya projek kripto.

Namun, perundangan kripto mungkin diperlahankan atau dihentikan sepenuhnya walaupun bil mempunyai peluang yang terhad, ulas Jesse lagi.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat