Kenapa La OPEC Buat Macam Ni, Jatuhlah Harga Minyak!

769

Pertubuhan Negara Pengeksport Petroleum (OPEC) dan sekutunya, termasuk Rusia telah bersetuju untuk mengurangkan jumlah pemotongan pengeluaran minyak mentah bermula bulan Ogos.

Seperti dijangkakan pasaran, OPEC memutuskan untuk menurunkan pemotongan pengeluaran kepada 7.7 juta tong sehari sehingga bulan Disember setelah melaksanakan pengurangan sebanyak 9.7 juta tong sehari sejak Mei lalu.

Ini menyebabkan niaga hadapan minyak mentah Brent menyusut 25 sen kepada $43.54 setong, sementara WTI Amerika Syarikat pula turun 29 sen kepada $40.90 setong pada sesi dagangan Asia.

Kedua-dua penanda aras sebelum ini meningkat 2% setelah disokong oleh kejatuhan ketara dalam inventori minyak mentah AS.

Data terbaru yang diterbitkan Pentadbiran Maklumat Tenaga (EIA) malam tadi, menunjukkan inventori minyak AS jatuh sebanyak 7.5 juta tong pada minggu lepas, lebih banyak daripada jangkaan untuk menurun hanya sebanyak 2.1 juta tong.

Sementara itu dalam kenyataan terbaru Menteri Tenaga Arab Saudi, Putera Abdulaziz bin Salman, beliau memberitahu bahawa pemotongan pengeluaran pada Ogos dan September mungkin lebih tinggi dengan 8.1 juta hingga 8.3 juta tong sehari daripada jumlah yang sepatutnya.

Ini kerana negara-negara yang didapati tidak memenuhi komitmen pengeluaran baru-baru ini, akan mengimbangi semula dengan membuat pemotongan tambahan pada bulan tersebut.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat