Kenapa Matawang Utama Tiba-Tiba Buat Terjunan ‘Maut’ Ni?

2,028

Pembukaan sesi pasaran Eropah memperlihatkan dagangan matawang utama mempamerkan penurunan ketara berikutan sentimen yang berubah kepada risk-off ketika ancaman gelombang kedua Covid-19 kembali meragut keyakinan pasaran.

Dolar greenback kembali meraih kenaikan dengan indeks dolar didagangkan menguat pada 93.06 pada sesi Eropah.

Kebimbangan terhadap kemungkinan perlaksanaan sekatan coronavirus kali kedua di seluruh negara UK dan ketidakpastian Brexit telah mendorong kejatuhan matawang pound sterling jauh lebih rendah di bawah paras harga 1.2900 berbanding US dolar.

Ketua pegawai perubatan kerajaan dilaporkan akan memberi amaran bahawa UK kini berada pada tahap kritikal dalam pandemik coronavirus dan menuju ke arah yang salah dalam taklimat harian pada hari ini.

Bukan itu sahaja, malah di beberapa kawasan lain juga sekatan telah dikenakan semula. Di ibu negara Sepanyol, Madrid, langkah-langkah baru yang ketat telah berkuat kuasa setelah menyaksikan peningkatan kes dan kematian di sana.

Hal ini turut mendorong dagangan euro untuk menyusut pada pembukaan sesi Eropah, dengan matawang US dolar mulai meraih peningkatan menjelang ucapan Pengerusi Federal Reserve (Fed), Jerome Powell malam ini.

Bagi matawang Asia pula, dolar Aussie dan New Zealand menjunam lebih rendah berbanding USD. Dolar kiwi sebelum ini meraih pengukuhan susulan pengumuman Perdana Menteri New Zealand, Jacinda Arden yang mengangkat semua sekatan coronavirus di negara itu, kecuali di Auckland setelah kes harian menunjukkan penurunan.

Dalam pada itu, sentimen semasa turut mendorong dolar Kanada untuk diniagakan merosot di tengah-tengah penyusutan harga minyak mentah berikutan kebimbangan terhadap permintaan yang masih lemah.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat