Kenapa Pasaran Minyak Mentah Kembali Bergelora? Ini Sebab Pelabur Komoditi Perlu Tahu

418

Pasaran minyak mentah paparkan penurunan pada Jumaat susulan kebimbangan terhadap penularan varian coronavirus Omicron yang dilihat akan menjejaskan pertumbuhan global serta permintaan terhadap emas hitam itu.

Kedua-dua penanda aras minyak Brent dan WTI mencatatkan penurunan menuju dagangan di penghujung minggu.

Pada awal minggu, harga minyak telah pamerkan pemulihan untuk meningkat dari separuh paras kerugian yang ditanggung selepas penularan Omicron pada 25 November.

Namun, penurunan kembali berlaku selepas krisis syarikat hartanah China, Evergrande Group dan Kaisa Group telah kembali meningkatkan kebimbangan terhadap permintaan minyak mentah ekoran China merupakan antara ekonomi pengguna terbesar minyak di dunia.

Tambahan, laporan oleh kajian di Jepun yang menunjukkan varian Omicron ini dengan risiko 4 kali ganda penyebaran berbanding varian Delta turut mencetuskan penurunan terhadap pasaran minyak mentah global.

Turut menambah tekanan harga minyak adalah pengukuhan oleh US dolar menjelang data tumpuan inflasi Amerika Syarikat pada sesi New York hari ini.

Justeru, mata wang dolar Kanada alami penyusutan agak ketara dalam pasaran kewangan ekoran kesuraman pasaran minyak ekoran minyak mentah merupakan eksport utama negara Kanada.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat