Kenapa Pulak Harga Minyak Naik Balik Ni?

932

Harga komoditi hitam melonjak dengan ketara setelah jatuh ke paras terendah 5 bulan pada Isnin yang dilemahkan oleh kebimbangan terhadap prospek permintaan global akibat sekatan terbaru yang dilaksanakan di Eropah.

Bagaimanapun, pergerakan harga kembali disokong oleh kenyataan Menteri Tenaga Russia, Alexander Novak yang memberi isyarat bagi melanjutkan rancangan untuk meningkatkan pengeluaran minyak pada awal tahun 2021.

Novak memberitahu bahawa beliau akan berbincang mengenai perjanjian pemotongan pengeluaran OPEC+ dengan ketua-ketua syarikat minyak Rusia.

OPEC+ setakat ini terikat dengan komitmen pemotongan pengeluaran sebanyak 7.7 juta tong sehari untuk menyokong harga.

Kumpulan ini dijadualkan untuk mengadakan mesyuarat polisi pada 30 November dan 1 Disember, di mana beberapa pengalisis menjangkakan penangguhan dalam rancangan untuk melonggarkan pengeluaran bermula Januari 2021.

Pada sesi Asia, niaga hadapan minyak mentah Brent didagangkan stabil pada $38.86 setong setelah melonjak 2.7% pada sesi sebelum ini, sementara WTI Amerika Syarikat pula meningkat 2.9% sebelum didagangkan pada $36.77 setong.

Kebangkitan semula harga minyak mentah turut mendorong dagangan dolar Kanada untuk kembali melonjak berbanding US dolar.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat