Kenapa Suruhanjaya Eropah Minta Sekatan UK Ditarik Balik?

373

Suruhanjaya Eropah menyeru semua negara anggota Kesatuan Eropah (EU) agar menarik balik sekatan perjalanan yang dikenakan terhadap United Kingdom (UK) meskipun wujud kebimbangan tentang penularan varian baharu Covid-19.

Dalam satu kenyataan yang dikeluarkan, suruhanjaya berkenaan mencadangkan kepada semua negara anggotanya untuk membenarkan pelancong dari UK melancong ke negara lain tetapi diwajibkan untuk menjalani ujian Covid-19 atau kuarantin kendiri.

Bagaimanapun, suruhanjaya tersebut menasihatkan urusan perjalanan yang tidak penting perlu dielakkan.

Tambah kenyataan terbabit, pekerja dalam sektor pengangkutan seperti pemandu lori perlu dikecualikan daripada sekatan perjalanan dan ujian mandatori.

Di UK, pemandu lori diwajibkan menjalani ujian Covid-19 sebelum meninggalkan UK untuk ke Perancis dan negara-negara EU yang lain.

Sementara itu, sesetengah penerbangan dijadualkan akan beroperasi semula hari ini bagi warga Belgium untuk pulang ke negara asal dari UK namun Jerman masih melanjutkan sekatannya.

Ketika ini, kesemua 27 negara anggota EU mengenakan sekatan terhadap pelancong dari UK. Selain itu, negara-negara seperti Indian, Iran, Kanada turut menghentikan penerbangannya dari UK.

Arab Saudi, Kuwait dan Oman pula menutup sempadan negara mereka sepenuhnya untuk pelancong antarabangsa.

Dalam pada itu, Pengarah Pertubuhan Kesihatan Sedunia (WHO) Eropah, Hans Kluge berkata, negara-negara anggota EU akan bertemu bagi membincangkan strategi baharu dan mengehadkan perjalanan tetapi pada masa yang sama mengekalkan urusan perdagangan.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat