Kenyataan BOE Bailey Tingkatkan Harapan Pelabur!

384

Gabenor Bank Pusat England (BOE), Andrew Bailey mengatakan bahawa beliau dan anggota Jawatankuasa Dasar Monetari (MPC) lain melihat kes yang meningkat untuk menaikkan kadar faedah.

Bailey yang berucap kepada Persatuan Ahli Ekonomi Profesional pada Isnin memberitahu bahawa, mereka semua percaya perlu ada pengetatan sederhana dalam dasar supaya konsisten dengan memenuhi sasaran inflasi yang berterusan dalam jangka masa sederhana.

Tambah Bailey lagi, bukti baru-baru ini telah menguatkan faktor tersebut, tetapi masih terdapat ketidakpastian yang besar dan mereka masih mengawasi keadaan dengan teliti.

Ekonomi Britain telah bangkit semula dari penguncupan hampir 10% yang dialaminya pada tahun 2020 disebabkan penutupan seluruh negara akibat pandemik coronavirus yang melanda.

Bailey mengungkapkan semula pernyataan yang dikeluarkan susulan mesyuarat polisi BOE minggu lalu, yang mengatakan kes untuk menaikkan kadar faedah nampaknya menguat. Ini juga meningkatkan unjuran inflasi pada akhir tahun menjadi lebih 4%, lebih dua kali ganda dari kadar sasarannya 2%.

BOE juga menjangkakan lonjakan itu sementara, tetapi dua pembuat dasar yang lain meminta untuk menghentikan program pembelian bon £895 bilion yang dijadualkan akan dilaksanakan hingga akhir tahun.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat