Keputusan Bank of Japan Menepati Ramalan Pasaran!

47

Bank of Japan telah mengekalkan dasar kewangan ada paras stabil pada Selasa dan meletakkan keyakinan terhadap kenaikan harga. Dalam masa yang sama, pemulihan ekonomi yang stabil juga akan membantu dalam mempercepatkan inflasi ke arah sasaran sebanyak 2 peratus tanpa sebarang rangsangan tambahan.

BoJ mengekalkan kadar faedah sebanyak 0.1 peratus sama seperti ramalan pasaran.

Dalam mesyuarat dasar selama dua hari yang berakhir pada Selasa itu juga telah meletakkan sasaran hasil bon kerajaan Jepun bagi tempoh masa 10 tahun di sekitar sasaran sebanyak sifar peratus.

Bank pusat juga telah melanjutkan lagi tarikh akhir program pinjaman yang bertujuan untuk meningkatkan jumlah pinjaman kepada industri yang mempunyai potensi untuk berkembang selama satu tahun lagi.

Dalam kajian ramalan suku tahunan, BoJ mengekalkan unjuran core inflation pada paras 1.5 peratus bagi tahun fiskal yang akan datang, bermula bulan April. Bank pusat ini juga mengekalkan unjuran inflasi sebanyak 1.7 peratus bagi tahun 2018.

Gabenor BoJ, Haruhiko Kuroda akan mengadakan sidang akbar pada 0630 GMT bagi memberi gambaran yang lebih jelas mengenai keputusan dasar dan kajian suku tahunan.

Selera Pelabur Terhadap Logam Kuning Semakin Bertambah Gara-Gara Faktor Ini!

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat