Keputusan Fed Lonjakkan Harga Emas!

1,506

Emas kembali meraih pengukuhan susulan keputusan Federal Reserve (Fed) yang menunjukkan bahawa bank pusat itu mungkin akan menamatkan kitaran pengetatannya.

Mesyuarat yang berlangsung awal pagi tadi menyaksikan bank pusat itu bersetuju menaikkan kadar faedah sebanyak 25 mata asas kepada 5.00%.

Namun, Fed menjangkakan bahawa mungkin terdapat satu lagi kenaikan kadar pada tahun ini berikutan ketidaktentuan yang dicetuskan oleh krisis perbankan baru-baru ini.

Menurut Fed, kegagalan Silicon Valley Bank (SVB) dan Signature Bank dikatakan telah menyuramkan prospek untuk pertumbuhan ekonomi di Amerika Syarikat.

Sesetengah penganalisis melihatnya sebagai sokongan lanjut untuk kedudukan emas sebagai safe-haven.

Rentetan daripada itu, harga emas yang pada mulanya menyusut rendah, kembali mencatat peningkatan untuk didagangkan pada sekitar harga $1,970 per auns ketika sesi Asia.

US dolar pula tergelincir lebih rendah berbanding pesaing utamanya walaupun Pengerusi Jerome Powell mengatakan tiada pemotongan kadar akan berlaku tahun ini.

Berminat untuk mengetahui lebih mendalam mengenai pasaran mata wang? Jom sertai komuniti kami. Klik di sini untuk join.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat