Keputusan RBA Benar-benar Mengejutkan, Pasaran Kecewa!

434

Meleset daripada jangkaan, Reserve Bank of Australia (RBA) mengejutkan pasaran dengan meningkatkan kadar faedah hanya sebanyak 25 mata asas berbanding 50 mata yang diunjurkan oleh pasaran.

Seusai menamatkan mesyuarat edisi Oktobernya, RBA mengatakan kadar faedah telah meningkat dengan ketara dalam tempoh singkat, jadi ia memutuskan untuk memperlahankan rentak pergerakan.

Ini sekali gus menjadikan kadar tunai rasmi (OCR) bank pusat itu meningkat kepada 2.60% susulan kenaikan 250 mata asas sejak Mei.

Walaupun dengan kenaikan yang lebih kecil daripada jangkaan, RBA berkata ia menjangkakan akan terus menaikkan kadar faedah tahun ini memandangkan inflasi masih jauh melebihi julat sasarannya.

Gabenor Philip Lowe berkata inflasi berkemungkinan terus meningkat pada bulan-bulan akan datang dengan jangkaan ia melonjak sekitar 7.75% pada akhir tahun ini.

Ekoran itu, para penggubal dasar kekal teguh dalam komitmen mereka untuk membawa inflasi ke sasaran dan akan melakukan apa yang perlu untuk mencapainya.

Namun, saiz dan masa kenaikan kadar pada masa akan datang bakal ditentukan oleh data dan prospek inflasi serta pasaran buruh.

Sebagai reaksi kepada keputusan ini, dolar Aussie susut 0.7% pada 0.6465 berbanding US dolar pada sesi Asia.

Seperti kebanyakan mata wang utama lain, dolar Aussie telah berada di bawah tekanan akibat kenaikan agresif kadar faedah Amerika Syarikat yang melonjakkan dolar greenback.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat