Kerajaan Dengar Keluhan Rakyat, KWSP Benar Pengeluaran RM10,000

1,368

Berita baik buat pencarum Kumpulan Wang Simpanan Pekerja (KWSP) apabila kerajaan bersetuju memperluaskan program i-Sinar kepada semua ahlinya.

Menurut Menteri Kewangan, Tengku Datuk Seri Zafrul Abdul Aziz, langkah berkenaan dibuat selepas pihaknya mendengar keluhan rakyat di media sosial serta tuntutan daripada ahli-ahli politik.

Beliau berkata demikian ketika sesi penggulungan perbahasan Rang Undang-Undang (RUU) Perbekalan 2021 peringkat dasar bagi kementeriannya di Dewan Rakyat hari ini.

Seramai 8 juta pencarum KWSP kini layak untuk mengeluarkan wang mereka sehingga RM10,000 berbanding RM9,000 sebelum ini, membabitkan peruntukan sehingga RM70 bilion.

Sebelum ini, program berkenaan hanya tertakluk kepada ahli yang kehilangan pekerjaan, diberi cuti tanpa gaji, mereka yang tiada sumber pendapatan dan pekerja sektor formal yang tidak mampu mencarum selama 2 bulan berturut-turut.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat