Kerajaan UK Ingin Memansuhkan Pengenaan Cukai Digital?

152

Baru-baru ini iaitu hari Ahad telah tersebar sebuah laporan bahawa Menteri Kewangan Rishi Sunak sedang berusaha untuk memansuhkan pengenaan cukai digital sebagai langkah untuk menyenangkan pihak Amerika Syarikat (A.S) dan memudahkan untuk mencapai kesepakatan perdagangan.

Walaubagaimanapun laporan pada hari Isnin, jurucakap Perbendaharaan UK telah menafikan bahawa cukai ke atas syarikat digital akan dimansuhkan. Pihak UK sebelum ini juga telah menyatakan bahawa pihak mereka hanya akan menggantikan cukai digital setelah adanya kesepakatan global mengenai hal tersebut.

Sebelum ini pihak A.S telah mengkritik pengenaan cukai tersebut dan memutuskan pada bukan Jun untuk memulakan siasatan rasmi ke negara-negara yang ingin melaksnakan cukai digital termasuk UK, Itali dan Brazil.

A.S telah beberapa kali mengancam akan mengenakan duti tambahan ke atas barang-barang Perancis setelah Perancis menjadi antara negara-negara terawal yang menetapkan cukai perkhidmatan digital. Akhirnya, pentadbiran Perancis memutuskan untuk menangguhkan pungutan tersebut sehingga tahun 2021.

Hubungan perdagangan antara UK dan A.S masih berada dalam keadaan baik setakat ini. Pada bulan Januari, Presiden Donald Trump mengatakan bahawa beliau ingin merundingkan perjanjian perdagangan baru dengan UK.
 

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat