Kes Dengan SEC Dah Berakhir Ke? Whales Nampak Makin Berani Kaut XRP!

332

Dilaporkan pelabur-pelabur gergasi kripto (whales) berpusu-pusu mengaut sejumlah mata wang kripto Ripple (XRP) selepas tuntutan mahkamah antara XRP dan Suruhanjaya Sekuriti dan Bursa Amerika Syarikat (SEC) semakin menjuju ke fasa Summary Judgement.

Whales dilaporkan telah membeli lebih 138 juta XRP bernilai $52.1 juta dalam tempoh 24 jam lalu sementara $33.2 juta XRP dibeli daripada syarikat exchanger kripto Binance.

Suka dimaklumkan juga bahawa terdapat whales membeli 50 XRP bernilai $18.84 juta di Binance semasa harga aset digital tersebut menyusut sebanyak 5% dalam tempoh 7 hari lalu .

Bukan itu sahaja, whales turut dikenalpasti memindahkan 32 juta XRP pada $12.4 juta daripada wallet ke exchanger kripto Bitstamp dan terdapat aktiviti mencurigakan seperti 4 bilion XRP dipindahkan dalam beberapa transaksi melalui Bitstamp.

Dalam pada itu, para pelabur semakin berpandangan positif terhadap XRP selepas pengasas Cardano (ADA), Charles Hoskinson mengecap bahawa XRP akan mencapai penghujungnya menjelang 15 Disember 2022 setelah sekian lama bertarung dengan SEC.

Namun wartawan FoxBusiness, Eleanor Terrett enggan menyetujui spekulasi Hoskinson itu susulan tiada kepastian lagi dalam mengesahkan tuntutan mahkamah XRP dapat diselesaikan pada tarikh berikut.

Setakat penulisan ini, harga XRP berlegar pada zon 0.384 dengan volum dagangan mencanak sekitar 162% pada $780.2 juta dalam tempoh 24 jam terakhir manakala paras pasaran menjunam di bawah $19 bilion.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat