Baru-baru ini peguam bela yang mewakili amicus curiae dalam kes di antara Securities and Exchange Commission (SEC) dan Ripple Labs ada berkongsi pendapatnya.
Menurut John Deaton, kes Ripple dapat diselesaikan jika dua perkara ini dipenuhi:
- Keputusan yang memihak Ripple terhadap fair notice dan adanya perbincangan proses pemilikan
- Pasaran kripto yang bullish, menyebabkan XRP tembus paras tertinggi sepanjang masa (ATH), misalnya: mencapai paras $5 atau lebih tinggi.
Deaton juga tidak teragak-agak mendakwa Ripple akan tampil lebih bernilai berbanding Morgan Stanley atau Goldman Sachs.
Bagaimana?
Menurutnya, Ripple memiliki lebih 50 bilion XRP. Jika koin ini mencapai harga $5, secara tidak langsung akan membawa nilai Ripple sehingga $250 bilion.
Apabila menyentuh tentang masa depan aset ini, Deaton percaya XRP dan Bitcoin (BTC) akan selamat sebaik sahaja kes ini selesai dibicarakan.
Sebaliknya, Ethereum (ETH) perlu berjaga-jaga kerana mungkin akan menjadi mangsa SEC yang seterusnya.
Bagi mengukuhkan dakwaannya, Deaton memetik salah seorang jurnalis Fox Business, Gasparino.
Menurut Gasparino, pengerusi SEC Gary Gensler hanya menunggu keputusan kes Ripple. Selepas itu barulah fokus terhadap Ethereum pula.
Tidak pasti sejauh mana kebenarannya, jika kemenangan fair notice Ripple benar-benar berlaku, akan memberi nafas lega kepada industri kripto.