Ketidaktentuan Melanda Pasaran, Ekuiti Susut Sementara Hasil Bon Naik

140

Pasaran ekuiti Amerika Syarikat (AS) dan Eropah menyusut dengan prospek kenaikan kadar faedah, sementara hasil bon meningkat selepas bacaan data KeluaranDalam Negara Kasar (KDNK) zon Eropah atasi jangkaan.

Aliran saham bergerak lemah dengan pelabur menantikan mesyuarat Bank Pusat Eropah (ECB) pada hari ini dan serta data harga pengguna AS pada Jumaat.

Berita dari White House yang menjangkakan angka inflasi utama akan ‘dinaikkan’ mencetus kebimbangan bahawa bank pusat akan mengetatkan lagi dasar, seterusnya melembabkan pertumbuhan ekonomi.

Jangkaan ini dikuatkan lagi dengan berita gergasi peruncit, Target yang menurunkan unjuran margin keuntungannya selepas mengalami kejatuhan yang banyak dalam keuntungan suku tahunan pada Mei.

Ekoran itu, indeks purata Dow Jones Industrial jatuh 0.81%, S&P 500 hilang 1.08% dan Nasdaq Composite susut 0.73%.

Indeks STOXX 600 pan-Eropah turun 0.57% sementara tolok MSCI saham seluruh dunia gugur 0.56%.

Saham pasaran Asia pula mengukuh semalaman dengan ekuiti China meraih sedikit momentum namun sentimen ketidaktentuan di Eropah membuatkan ia dibuka lemah.

Dalam pada itu, data ekonomi zon Eropah yang kukuh berbanding jangkaan untuk suku pertama tahun ini  telah membuatkan hasil bon meningkat.

Nota Perbendaharaan hasil 10 tahun naik 6.6 mata asas pada 3.036% sementara hasil 10 tahun Jerman lonjak ke paras tertinggi baharu sejak 2014 pada 1.368%.

Ia secara tidak langsung mengisyaratkan bahawa ECB bakal menaikkan kadar faedah lebih tinggi sehingga 75 mata asas menjelang September.

Ringkasan mata wang memperlihatkan US dolar meningkat ke paras tetinggi baru 20 tahun berbanding Yen yang melemah 134.47 per dolar sementara Euro pula capai 0.12% pada $1.0712.

Bagi komoditi, niaga hadapan minyak mentah AS naik $2.70 pada $122.22 setong sementara minyak Brent tambah $3.01 pada$123.58 setong memandangkan China mula melonggarkan sekatan dan berlaku mogok pekerja minyak di Norway.

Emas pula memanfaatkan ketidaktentuan pergerakan dagangan dengan niaga hadapan emas AS capai 0.2% pada $1,856.50.

Bitcoin pula susut 3.11% pada $30,147.80.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat