Ketua Ekonomi IMF Sokong Dasar Longgar BOJ, Kelemahan Nilai Yen

138

Walaupun Jepun terus ketinggalan di belakang berbanding bank-bank pusat ekonomi utama dalam pengetatan dasar monetari, tetapi ketua ekonomi di Tabung Kewangan Antarabangsa (IMF) melihat pendirian dasar bank pusat Jepun (BOJ) adalah sesuai.

Pierre-Olivier Gourinchas memberitahu dalam satu temu bual pada Selasa bahawa mereka tidak melihat BOJ perlu mengetatkan dasar monetarinya berikutan tekanan inflasi yang masih rendah.

Ujar beliau lagi, dasar monetari yang longgar boleh membantu mengekalkan aktiviti ekonomi di Jepun.

IMF meramalkan inflasi Jepun akan kekal berada di bawah sasaran bank pusat 2.0% pada tahun ini iaitu dengan meningkat kepada 1.9% dan 1.3% pada 2023.

Ketua ekonomi IMF itu turut meredakan kebimbangan bahawa nilai mata wang yen yang lebih lemah akan memberi kesan buruk kepada ekonomi negara dengan menaikkan harga import.

Sebaliknya, penyusutan nilai yen akan menyokong pertumbuhan ekonomi Jepun dengan menjadikan produk negara itu lebih kompetitif di peringkat global.

Namun, apa yang menjadi kebimbangan adalah kadar pertumbuhan potensi jangka panjangnya adalah rendah sekitar 0.4%.

Jepun perlu meningkatkan pertumbuhan jangka panjang dengan menggalakkan pendigitalan dan peralihan kepada ekonomi hijau yang mesra alam.

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat