Keunikan Numeraire (NMR) Buat Pelabur Terpegun Lagi Anggun!

703

Numeraire adalah token ERC-20, dibina di rangkaian Ethereum yang menggunakan teknologi blockchain Ethereum untuk melaksanakan operasi.

Sama seperti projek matawang digital lain yang beroperasi di blockchain mereka sendiri seperti Bitcoin dan Litecoin.

Ditubuhkan pada akhir 2015 oleh Richard Craib.

Matlamat utama platform ini adalah untuk membawa desentralisasi ke bidang sains data dan membolehkan pemaju bersaing dalam mencipta mesin model ramalan yang berkesan.

Numeraire unik dari segi idea di sebalik penciptaannya kerana merupakan matawang digital pertama yang dibuat dan dikeluarkan oleh hedge fund.

Selanjutnya, teliti carta pergerakan semasa harga NMR/USDT.

Pergerakan harga NMR dilihat berjaya menghasilkan keuntungan 77% setakat ini pada sesi dagangan bulan September.

Namun, pada sesi dagangan hari ini, NMR dilihat membuat pergerakan harga yang positif hasilkan lonjakan hampir 60% mencapai paras tertinggi terbaru $58.

Bagi jangkaan seterusnya, jika NMR kekal dengan pergerakan harga positif, zon SBR (support become resistance) $46 bakal menjadi sasaran utama untuk diuji sebelum membuat lonjakan yang lebih tinggi.

Manakala, jika NMR menunjukkan rentak penurunan, zon RBS (resistance become support) $41 bakal diuji terlebih dahulu sebelum membuat penurunan yang lebih rendah.

Paras tersebut bakal menjadi pemerhatian seterusnya oleh para pelabur sebelum menuju ke paras sokongan.

Semasa penulisan, NMR/USDT didagangkan $42.60 melonjak lebih 4% dalam tempoh 24 jam terakhir. Koin kini berada pada carta ke-125 dalam pasaran kripto.

Lihat gambar carta matawang kripto NMR/USDT di bawah untuk rujukan analisis teknikal anda.

 

Jadi Subscriber INTRADAY
Sertai bersama lebih 100,000 subscribers kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang trading dunia pasaran kewangan.


* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat