Keuntungan Sarung Tangan Getah Menurun Semula

274

Kejap naik, kejap turun macam perasaan cinta saya kepada awak – penganalisis INTRADAY.my yang menaruh harapan.

Saham pembuat sarung tangan merudum pada Selasa yang diterajui oleh Top Glove Corp Bhd apabila pelabur mengambil keuntungan selepas kebimbangan mengenai varian Covid-19 Omicron berkurang.

Pada tengah hari tadi saham Top Glove ditutup 37 sen atau 11.6% lebih rendah pada RM2.82 selepas susut ke paras tereendah dalam sehari RM2.78.

Hartalega Holdings Bhd turut menyusut 39 sen atau 6.09% pada RM6.01 selepas jatuh ke paras terendah dalam sehari RM6.

Supermax Corp Bhd, Kossan Rubber Industries Bhd, Careplus Group Bhd, Comfort Gloves Bhd dan Rubberex Corp (M) Bhd merupakan antara 20 yang paling rugi.

Supermax jatuh 21 sen atau 9.77% pada RM1.94, Kossan turun 12 sen atau 5.11% pada RM2.23, Comfort Gloves Bhd hilang 12 sen atau 8.82% pada RM1.24, Careplus merundum 8 sen atau 6.06% pada RM1.24 dan Rubberex menjunam 7.5 sen atau 10.49% pada 64 sen.

Menurut penganalisis Malacca Securities Bhd, Kenneth Leong, penurunan saham pembuat sarung tangan getah disebabkan daripada aktiviti pengambilan untung dari 2 sesi selepas kebimbangan terhadap Omicron berkurang.

Tambahnya lagi, perniaga mungkin beralih kembali kepada tawar-menawar memburu saham-saham yang terjejas baru-baru ini.

Selain itu, beliau turut menyatakan aliran menurun bagi pembuat sarung tangan akan berterusan ekoran kebimbangan terhadap alam sekitar, sosial dan tadbir urus (ESG) yang mengakibatkan peningkatan kapasiti daripada pemain sarung tangan sedia ada dan baharu serta trend harga jualan purata yang menurun.

Dalam pada itu, seorang pengerusi dana yang enggan namanya didedahkan berpendapat serupa dengan mengatakan aliran menurun bagi pembuat sarung tangan getah pada hari Selasa adalah disebabkan oleh pengurangan ketakutan awal terhadap Omicron.

Ujar beliau lagi, tesis jangka panjang untuk pembuat sarung tangan tidak berubah kerana ia masih bergelut dengan harga jualan purata yang semakin menurun dan terdapat lebih banyak pembekal terutamanya di China.

Ketua penyelidikan Rakuten Trade Kenny Yee turut berkata lonjakan dalam pembuat sarung tangan pada Isnin adalah tidak balas mendadak terhadap varian Omicron justeru menjelaskan aktiviti pengambilan untung hari ini.

Jadi Subscriber VIP INTRADAY
Sertai bersama lebih 30,000 subscribers VIP kami yang menerima kemaskini berita terkini beserta tips-tips premium tentang forex trading.
* Sila semak inbox dan spam folder 2-3 minit selepas melanggan.
Anda mungkin juga berminat